Majlis Serah Tugas, Ucapan Terima Kasih dan Ketik Akhir dari Cikgu Zulkiply Taib dan Cikgu Haji Ramli Ibrahim - BERITA SMK DATO' SYED ESA

BERITA TERKINI DSE

Saturday, 9 January 2021

Majlis Serah Tugas, Ucapan Terima Kasih dan Ketik Akhir dari Cikgu Zulkiply Taib dan Cikgu Haji Ramli Ibrahim

10 Januari 2021

Bertempat di bilik Puan Pengetua telah diadakan majlis ringkas serah tugas, ucapan terima kasih dan ketik akhir dari Cikgu Zulkiply Taib (30 tahun di SMKDSE) dan Cikgu Haji Ramli Ibrahim (16 tahun di SMKDSE) sebelum berpindah ke sekolah baharu.
Untuk Pengetahuan, Cikgu Zulkiply Taib dinaikkan pangkat sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum di SMK Tunku Putra dan Cikgu Haji Ramli Ibrahim dinaikkan pangkat sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran Sains Kemasyarakatan di SMK Datin Onn Jaafar.
Majlis turut dihadiri oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Sohartoo, GKMP Kemanusiaan yang baharu, Cikgu Rosli Othman dan En Kamis bin Siran.
Tahniah buat cikgu berdua. Semoga kalian terus cemerlang menjalankan amanah baharu dan mendidik anak bangsa hingga berjaya! in shaa Allah.
















No comments:

Post a comment