Wednesday, 25 January 2017

PENGURUSAN SEKOLAH 2017


Tuesday, 24 January 2017

SMKDSE SIMBIOSIS 2017

IKRAR SMKDSE

Saya, pelajar SMK Dato' Syed Esa dengan penuh keyakinan dan kesedaran berikrar bahawa saya[nb 2]:
  • Bertanggungjawab mewujudkan semangat kekitaan dalam kalangan warga sekolah;
  • Mewujudkan budaya sekolah yang positif dan kondusif;
  • Meningkatkan imej dan prestasi sekolah dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah;
  • Menghormati ibu bapa, guru-guru, staf sokongan, rakan-rakan dan menjaga nama baik sekolah;
Sesungguhnya, inilah ikrar saya sebagai pelajar SMK Dato' Syed Esa yang saya cintai.

Friday, 20 January 2017

PENTADBIRAN SMKDSE 2017


Thursday, 19 January 2017

LENCANA SMKDSE


Lencana SMK Jalan Kolam Air telah diubahsuai sejajar dengan pertukaran nama baharu kepada SMK Dato' Syed Esa pada tahun 2008. Lencana yang baharu telah dilakar oleh seorang pelajar yang memenangi pertandingan Mencipta Lencana Sekolah. Lencana hasil ciptaan pelajar tersebut kemudian telah diubahsuai oleh Puan Hasanah binti Sairi. Kemudian dipindahkan ke dalam grafik komputer oleh Puan Rosmah binti Abdullah menggunakan perisian photoshop. 

Berikut adalah beberapa idea lencana sebelum terhasilnya lencana baharu tersebut;






Biru tuaImpian
Biru mudaKetenangan
PutihKebersihan/kesucian mental, fizikal dan rohani
MerahSemangat dan kegigihan
JinggaAspirasi
PerisaiKesejahteraan
RebenIkatan perpaduan dalam kaum
BukuIlmu dan pendidikan
OborSemangat, tenaga dan kegemilangan
Batang oborLima prinsip Rukunegara
GelungKecemerlangan dalam pelbagai bidang



Wednesday, 18 January 2017

TALI LEHER WAJIB DIPAKAI BAGI SEMUA PELAJAR SMKDSE BERMULA TAHUN 2017


Bermula 1 Januari 2017, semua pelajar lelaki, pelajar perempuan yang memakai pinafore wajib mengenakan tali leher sekolah. Pemakaian tali leher di kalangan pelajar sekolah bertujuan mewujudkan nilai kekemasan diri dan bersedia mendapatkan ilmu  pada bila-bila masa di sekolah.

Satu majlis simbolik pemakaian tali leher telah dijalankan pada perhimpunan pertama sekolah bagi sesi pagi dan petang. Majlis turut dihadiri oleh Polis angkat sekolah. Tali leher boleh diperolehi dengan membeli di koperasi sekolah. 

Denda dikenakan untuk pelajar yang tidak mengenakan tali leher apabila menjejakkan kaki ke dalam kawasan sekolah.









SEJARAH PEMBUKAAN SMK DATO' SYED ESA ATAU SMK JALAN KOLAM AIR

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Esa (nama dahulu: Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kolam Air (SMKA)) atau nama ringkasnya SMK Dato' Syed Esa (SMKDSE) merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak berdekatan dengan sebuah hospital kerajaan iaitu Hospital Batu Pahat di Batu PahatJohor.


Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Esa (SMKDSE) bermula pada 8 Mei 1962 dimana sekolah ini menumpang bangunannya di Sekolah Menengah Tinggi Batu Pahat. Pada ketika itu, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Lanjutan yang menampung pelajar-pelajar aliran Melayu dan Inggeris yang gagal masuk ke sekolah menengah melalui Sistem Peperiksaan Penilaian M.S.S.E.E (Peperiksaan Memasuki Sekolah Menengah).[1]

Setelah sistem peperiksaan itu dimansuhkan, maka dengan sendirinya sistem Sekolah Lanjutan juga terhapus. Pelajar lelaki dan aliran Melayu telah diserap ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Bentara Luar (SDBL) manakala pelajar perempuan pula diserap ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Aminah (STA). Bagi pelajar yang mengikuti aliran Inggeris, mereka telah meneruskan persekolahan mereka di sekolah ini yang telah diubah namanya kepada Secondary English School (Sekolah Menengah Aliran Inggeris). Ketika itu, sekolah telah berpindah dan menumpang di Sekolah Rendah Hwa Nan yang terletak di Batu 3, Jalan Kluang.[1]

Pada tahun 1967, nama sekolah ini ditukar lagi kepada Sekolah Menengah Inggeris (2) serta berpindah dan menumpang di Sekolah Tinggi apabila sebuah sekolah baru didirikan di Jalan Kluang dengan nama Sekolah Menengah Rendah Inggeris (sekarang dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Sulaiman). Setelah banyak menumpang di sekolah-sekolah lain, pada 1 Jun 1973, sejarah baharu tercipta apabila sekolah ini telah mempunyai bangunan sendiri dengan nama baharu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kolam Air (SMKA).[1]


Setelah 35 tahun berlalu, satu lagi peristiwa bersejarah telah tercatat apabila salah seorang tokoh ulung dari Batu Pahat iaitu Dato' Syed Esa telah diabadikan sebagai nama baharu bagi sekolah ini. Maka sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Esa (SMKDSE). Majlis perasmian nama baharu ini telah dirasmikan oleh Penolong Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia, Dr. Haili bin Dolhan dalam satu majlis gilang-gemilang. Majlis tersebut dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada Kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, bekas pengetua-pengetua sekolah ini dan sekolah lain, ahli-ahli keluarga allahyarham Dato' Syed Esa serta warga SMKDSE sendiri.[nb 1]


Sejarah kecemerlangan sukan yang digeruni sekolah-sekolah di Daerah Batu Pahat


.

Friday, 6 January 2017

Selamat Datang Ke sekolah 2017

Biar gambar berbicara...

















Thursday, 5 January 2017

HUBUNGI SEKOLAH


Alamat :

SMK Dato' Syed Esa,
83000 Batu Pahat, Johor

Email :

smkdse@gmail.com

Facebook :

Nombor Telefon
07-4341448

Nombor Faks
07-4324279

DASAR KUALITI SEKOLAH


SMK Dato' Syed Esa komited untuk menyediakan dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran

MATLAMAT SEKOLAH


MATLAMAT SEKOLAH

SMK Dato' Syed Esa berusaha secara  berterusan untuk :

# Melahirkan insan yang dapat memberikan sumbangan kepada kesejahteraan masyarakat dan negara.
# Menjadikan SMKDSE sebagai pusat kecemerlangan ilmu.
# Memperoleh kecemerlangan akademik dan bukan akademik.
# Membina warga Malaysia yang berakhlak mulia, berketrampilan, bertanggungjawab dan progresif.

MOTO SMKDSE



MOTO SMK  DATO'  SYED  ESA

Satu Sekolah Satu Impian

MISI DAN VISI SMKDSE

Visi
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi Negara