Tuesday, 25 July 2017

temu bual oleh Radio Nasional FM Angkasapuri Kuala Lumpur berkaitan Pertandingan Keceriaan NEGARAKU

Tahniah buat Puan Pengetua, Puan Roziah binti Tawil dan Cikgu Zulkiply Taib di atas jemputan temu bual oleh Radio Nasional FM Angkasapuri Kuala Lumpur berkaitan Pertandingan Keceriaan NEGARAKU 2017. Sesi temu ual akan diadakan pada hari Khamis 27 Julai 2017 pukul 10.30 pagi. Jom kita dengarkan sama-sama! SMKDSE memang BAGUS!




Johan pertandingan reka cipta dan inovasi sempena jelajah dasar kelestarian negeri johor 2017.



Alhamdulillah. Team SMK Dato' Syed Esa dapat Johan pertandingan reka cipta dan inovasi sempena jelajah dasar kelestarian negeri johor 2017. 


Peserta terlibat terdiri daripada Ahmad Norhaiqal Bin Rosli, Tan Han Sheng, Yee Xin Yi, Siti Raudah Binti Sulaiman, Muhamad Safiuddin Syazwan Bin Rusepini dam Muhammad Halim Bin Azid. Turut hadir sama guru pembimbing mereka Cik Norlida Nik Hassan, Puan Rose Emilia bt Muzmi, Tn Hj Ramli bin Ibrahim dan En Kamis bin Siran. Tahniah sekali lagi! SMKDSE Memang BAGUS!!!












Rising Star Award, Pertandingan Robotik Kebangsaan First Lego League 2017


Alhamdulillah buat team Robotik SMK Dato' Syed Esa yang telah dianugerahkan dengan anugerah Rising Star Award dalam Pertandingan Robotik Kebangsaan First Lego League 2017 pada 16 Julai 2017. Tahniah buat kelab robotik SMKDSE, buat guru pembimbing Cikgu Muhammad Fairdaus Misnan, Cikgu Khairul Shakir Shah Rin, Cik Norlida Nik Hassan, En Kamis bin Siran dan Puan Maziah Abd Samad. Hai robot Robo, Boboi, Cobot & Mamud. SMKDSE memang Bagus !