Wednesday, 18 January 2017

TALI LEHER WAJIB DIPAKAI BAGI SEMUA PELAJAR SMKDSE BERMULA TAHUN 2017


Bermula 1 Januari 2017, semua pelajar lelaki, pelajar perempuan yang memakai pinafore wajib mengenakan tali leher sekolah. Pemakaian tali leher di kalangan pelajar sekolah bertujuan mewujudkan nilai kekemasan diri dan bersedia mendapatkan ilmu  pada bila-bila masa di sekolah.

Satu majlis simbolik pemakaian tali leher telah dijalankan pada perhimpunan pertama sekolah bagi sesi pagi dan petang. Majlis turut dihadiri oleh Polis angkat sekolah. Tali leher boleh diperolehi dengan membeli di koperasi sekolah. 

Denda dikenakan untuk pelajar yang tidak mengenakan tali leher apabila menjejakkan kaki ke dalam kawasan sekolah.