Hari Pertama Sesi Persekolahan Bersemuka Sesi 2021 - BERITA SMK DATO' SYED ESA

BERITA TERKINI DSE

Tuesday, 19 January 2021

Hari Pertama Sesi Persekolahan Bersemuka Sesi 2021

20 Januari 2021

Hari pertama sesi persekolahan 2021.
Kehadiran bersemuka murid tingkatan 5.
Sebanyak 11 buah kelas tingkatan 5 tahun 2020 yang muridnya akan menduduki SPM pertengahan Februari 2021 ini gembira dan ceria hadir ke sekolah.



Murid pertama hadir pada jam 6.26 pagi.
Barisan pentadbir, YDP PIBG, Polis angkat SMKDSE dan pegawai pemantau dari PPD Batu Pahat bersama cikgu kaunselor dan cikgu bertugas menyambut kehadiran murid ke sekolah pagi ini.



Sesi taklimat secara berpusat menggunakan PA sistem di bilik bimbingan kaunseling usai 7.30 pagi. Dimulakan dengan nyanyian Negaraku, bacaan doa, ucapan Puan Pengetua, YDP PIBG dan guru bertugas Covid19.



Selain itu, edaran kek cokelat dan pen kepada murid-murid sumbangan Koperasi Sekolah dan Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah diharap dapat menyemarakkan lagi semangat murid-murid untuk meneruskan perjuangan hingga ke garisan penamat.

Tahniah untuk semua!
















No comments:

Post a comment