Cikgu SMKDSE Naik Pangkat dan Pindah Sekolah - BERITA SMK DATO' SYED ESA

BERITA TERKINI DSE

Saturday, 2 January 2021

Cikgu SMKDSE Naik Pangkat dan Pindah Sekolah

Info Terkini 3 Januari 2021.

Bertempat di Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat, telah diadakan majlis ringkas penyerahan surat arahan penempatan baharu yang telah disampaikan oleh Penolong Pegawai PPD, Encik Hairul Salleh Mukeri kepada cikgu-cikgu yang terlibat di Daerah Batu Pahat.
Pergerakan cikgu-cikgu SMK Dato' Syed Esa, Batu Pahat, Johor berkuatkuasa 3 Januari 2021.
1. Cikgu Zulkiply bin Taib naik pangkat sebagai GPK Kokurikulum SMK Tunku Putra.
2. Cikgu Haji Ramli bin Ibrahim berpindah ke SMK Datin Onn Jaafar sebagai GKMP Sains Kemasyarakatan.
3. Cikgu Hajah Fauziah binti Mahmud masih di SMKDSE tetapi berubah perjawatan sebagai GKMP Sains dan Matematik.
4. Cikgu Rosli bin Othman juga masih di SMKDSE tetapi berubah perjawatan sebagai GKMP Sains Kemasyarakatan.
Ucapan tahniah dan selamat bertugas di tempat baharu kepada cikgu Zulkiply yang telah lama berkhidmat di SMKA-SMKJKA-SMKDSE selama 30 tahun. Begitu juga buat Cikgu Ramli yang telah berkhidmat di SMKJKA-SMKDSE selama 16 tahun.
Selamat bertugas dan tahniah juga diucapkan kepada cikgu Hajah Fauziah dan Cikgu Rosli selaku GKMP di SMKDSE yang baharu.
Semoga kalian terus cemerlang!








No comments:

Post a comment