LENCANA SMKDSE - BERITA SMK DATO' SYED ESA

G10 SMKDSE

BERITA TERKINI DSE

Thursday 19 January 2017

LENCANA SMKDSE


Lencana SMK Jalan Kolam Air telah diubahsuai sejajar dengan pertukaran nama baharu kepada SMK Dato' Syed Esa pada tahun 2008. Lencana yang baharu telah dilakar oleh seorang pelajar yang memenangi pertandingan Mencipta Lencana Sekolah. Lencana hasil ciptaan pelajar tersebut kemudian telah diubahsuai oleh Puan Hasanah binti Sairi. Kemudian dipindahkan ke dalam grafik komputer oleh Puan Rosmah binti Abdullah menggunakan perisian photoshop. 

Berikut adalah beberapa idea lencana sebelum terhasilnya lencana baharu tersebut;






Biru tuaImpian
Biru mudaKetenangan
PutihKebersihan/kesucian mental, fizikal dan rohani
MerahSemangat dan kegigihan
JinggaAspirasi
PerisaiKesejahteraan
RebenIkatan perpaduan dalam kaum
BukuIlmu dan pendidikan
OborSemangat, tenaga dan kegemilangan
Batang oborLima prinsip Rukunegara
GelungKecemerlangan dalam pelbagai bidang