Geran Tanah Tapak SMK Dato' Syed Esa - BERITA SMK DATO' SYED ESA

G10 SMKDSE

BERITA TERKINI DSE

Tuesday 6 October 2020

Geran Tanah Tapak SMK Dato' Syed Esa

7 Oktober 2020
Alhamdulillah, dari tahun sekolah ini ditubuhkan di tapak tanah ini dengan nama Sekolah Menengah Rendah Inggeris dan Sekolah Rendah Inggeris, Jalan Sulit, Batu Pahat telah ditakdirkan julung-julung kalinya sekolah TELAH BERJAYA mengenalpasti tapak tanah sebenar milik SMK Dato` Syed Esa ( kini ).
Tahniah dan terima kasih tenaga penggerak semua usaha ini, Ustz Nordin Mohamad, Tuan Haji Idris Majid, En Rahmat Ghazali, En Zulkiply Taib dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung di atas kejayaan yang dicapai ini. Mudah-mudahan diterima sebagai amal jariah untuk kebaikan semua.
Ucapan penghargaan oleh Tuan Pengetua di dalam group telegram rasmi SMKDSE.
Usaha ini bukan mudah, pelbagai rintangan dihadapi dan pastinya berkorban tenaga, masa dan wang saku sendiri serta menuntut tahap kesabaran dan ketabahan yang tinggi. Syukur SMKDSE dikurniakan ramai insan seperti ini. Niat yang baik in syaa Allah dipermudahkan oleh-Nya.
Yang paling bangga sekali, SMK DSE sebagai sekolah rintis yang dicontohi jabatan untuk menyelesaikan isu serupa di sekolah-sekolah lain.
Pn Hjh Roziah Pengetua SMKDSE

No comments:

Post a Comment