MAULIDURRASUL DI SMK DATO' SYED ESA - BERITA SMK DATO' SYED ESA

G10 SMKDSE

BERITA TERKINI DSE

Saturday 20 January 2018

MAULIDURRASUL DI SMK DATO' SYED ESA


 

Khamis, 19 Januari 2018 - Telah berlangsungnya Majlis Sambutan Maulidurrasul bertempat di Surau At Taqwa. Majlis dimulakan dengan perarakan pelajar lelaki dan perempuan diiringi beberapa orang guru. Bermula dari depan Asrama Putera, melalui Jalan Sulit dan memasuki pintu gerbang sekolah terus menuju ke Surau At Taqwa.


Disambung pula dengan alunan selawat kepada junjungan Nabi Muhammad SAW dan nasyid dari kumpulan nasyid CaliphDSE.



Ceramah Maulidurrasul telah disampaikan oleh Ustaz Mustaza bin Shaaban, Ustaz SMK Agama Parit Raja, Batu Pahat, Johor.


Para hadirin dihidangkan dengan jamuan nasi beriani. Guru bukan beragama Islam juga mendapat juadah berlaukkan ayam masak merah. Para hadirin makan menggunakan dulang bertujuan merapatkan ukhwah sesama warga SMKDSE.